Isu Panas

Keputusan mahkamah tidak jejas persediaan BN

KUCHING – Setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata keputusan mahkamah bahawa notis persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai batal dan tidak sah tidak memberi kesan kepada persediaan BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri.

Beliau bagaimanapun percaya SPR akan mengambil langkah tepat susulan keputusan mahkamah.

“Ia tidak menjejaskan kami, 71 atau 82 (kerusi) tidak menjadi persoalan. Kami hanya mahu berkhidmat kepada rakyat seperti yang dijanji,” kata Rundi kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Rundi dan rombongan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia dan memberi taklimat kepada beliau mengenai Sambutan Hari Belia yang diadakan dari 10 hingga 15 Jun di Bintulu.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom dan Menteri Muda Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada 15 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Datuk Yew Jen Kie mengarahkan SPR mengeluarkan notis baharu persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri seperti yang terkandung dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 25 Mei, Yew turut mengeluarkan perintah bahawa notis SPR itu sebagai batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari, SPR mempamerkan notis persempadanan semula bagi mendapat maklum balas dengan mencadangkan penambahan 11 kerusi, menjadikan kesemuanya 82. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");