Sukan Hari Ini

LVG yakin pada De Gea

BIARPUN berita perpindahan David de Gea sedang hangat diperkatakan, namun pengendali Manchester United, Louis van Gaal percaya pemain muda itu akan bertahan di Old Trafford.

Van Gaal yang sebelum ini akur jika De Gea berhajat untuk berhijrah, tetap yakin bahawa pemain terbaik United itu akan bermain bersama The Red Devils, musim hadapan.

“Saya yakin dia akan tetap di sini. Dia sudah berlatih dengan jurulatih penjaga gol hari ini (semalam). Dia ada sedikit masalah dan saya berikan dia rehat yang panjang.

“Selepas perlawanan terakhir esok (hari ini), saya akan membincangkan tentang masa depan pemain bersama kelab,” katanya.

De Gea pada ketika ini masih belum mengambil keputusan untuk memperbaharui kontraknya yang bakal berakhir musim hadapan.

Disebabkan itu, muncul spekulasi bahawa pemain berusia 22 tahun itu akan pulang ke negara asalnya, Sepanyol.

Real Madrid dikatakan kelab yang akan menggunakan khidmat De Gea memandangkan Real sudah bersedia melepaskan penjaga utama mereka, Iker Casillas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");