Sukan Hari Ini

Tahniah Hamilton’

Nico Rosberg menepis dakwaan mengatakan dia menerima kurang daripada separuh bayaran £100j (RM560 juta) yang diterima rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Malah pemandu Jerman itu mendedahkan dia sentiasa yakin juara dunia itu tidak akan meninggalkan pasukan yang membantunya menjulang gelaran buat kali kedua kerana mereka sudah bersedia menguasai F1 untuk beberapa tahun lagi.

Rakan sepasukan kepada bekas juara dunia itu mengalu-alukan ‘permusuhan’ menggunakan kereta sama untuk tempoh sekurang kurangnya tiga tahun lagi.

Menjelang perlumbaan di Monte Carlo, pasukan pengeluar kereta Jerman itu mengesahkan Hamilton sudah menandatangani perjanjian baru yang mencatat sejarah termahal dalam sejarah permotoran Britain.

Dengan menerima gaji asas £30j (RM150 juta) setahun dengan baki selebihnya berdasarkan bonus dan hak sokongan lain, Rosberg dilaporkan menerima £17j ( RM86 juta) setahun menerusi perjanjian ditandatangani pada 2014.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Lewis terhadap kontraknya,” kata Rosberg. “Saya yakin ia satu saat yang menarik seperti kebiasaannya.

“Apapun, sudah tentu saya tetap gembira dengan kontrak saya. Saya belum melihat angkanya dan masih belum membaca apa yang ditulis.

“Saya turut meragui andai orang lain dapat meramalkan angka sebenar yang paling hampir kerana saya tahu pendapatan saya dan apa yang orang tulis mengenainya. Ia selalunya tersasar jauh.

“Perkara lain adalah saya benar-benar menikmati cabaran berlumba bersama Lewis.

“Saya merasai perasaan itu kerana dia seorang pemandu mengagumkan dan hebat, ia memberi cabaran hebat untuk cuba menewaskannya dan ketika saya mengatasinya.

“Ia hebat, kami melalui pertarungan yang hebat.

Begitulah perlumbaan pertarungan seperti itu. “Buat masa ini, persahabatan kami berada seperti biasa, kami dapat bekerja dengan baik dan sering mencabar satu sama lain.

“Hakikat itu tidak boleh dipandang rendah kerana kami sentiasa mencabar satu sama lain hingga ke peringkat tinggi dan lebih tinggi sepanjang masa.

“Saya fikir, pertarungan dalaman ini juga bagus untuk pasukan dan memang hebat jika mengetahui anda akan menghadapi keadaan seperti itu pada masa depan.

“Ia sudah tentu satu pertarungan yang rumit kerana ia bersifat dalaman dan kami perlu memikirkan mengenai pasukan dan pada masa sama cuba mengatasi satu sama lain.

“Ia akan sentiasa menjadi perkara merumitkan dan kami mahu menang, jadi ada turun naiknya. Buat masa ini semuanya berjalan lancar.

Rosberg berkata, Mercedes sudah bersedia untuk meneruskan penguasaan. “Adakah saya menjangkakan dia akan pergi tempat lain? Saya tidak mengharapkan seperti itu.

Tiada tempat lain sebaik berada di Mercedes. “Inilah pasukan terbaik dalam F1 dan berkemungkinan untuk beberapa tahun akan datang.” – http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");