Sukan Hari Ini

Money, Pac Man kekal fokus

Las Vegas, AS: Manny Pacquaio dan Floyd Mayweather tampil pada upacara menimbang berat badan bagi pertarungan merebut kejuaraan dunia semalam yang menggambarkan betapa mendalamnya minat terhadap “Pertarungan Abad Ini” itu.

Majlis pra perlawanan itu menarik minat 11,500 ke Arena MGM Grand Garden, yang mana dua musuh itu bertarung pagi ini pada pertembungan yang melonjakkan sukan tinju kembali ke satu era yang hanya disaksikan berdekad lalu.

Tiket dijual dengan harga AS$10 (RM36) dan sesetengah penonton cuba mendapatkan tiket dari pasaran gelap hanya untuk melihat kelibat dua peninju berbakat generasi mereka itu berada di mesin timbang.

Juara Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Majlis Tinju Dunia (WBC), Mayweather mempunyai timbangan berat 146 pound (66.22kg), satu pound di bawah had kategori welterweight.

Juara Pertubuhan Tinju Dunia (WBO), Pacquaio pula mempunyai berat badan 145 pound. “Ia kehadiran penonton yang menakjubkan,” kata Mayweather.

“Saya bangga semua peminat tampil menyokong saya dan Manny.” Ketika Pacquaio yang kelihatan tenang melayan pengikutnya, Mayweather tetap fokus.

“Saya perlu fokus dengan apa yang perlu dilakukan esok,” kata Mayweather kepada penonton. “Saya sudah mendedikasikan diri saya kepada sukan tinju selama lebih 20 tahun dan saya bersedia.”

Peminat ikon Filipina itu membuatkan kehadiran mereka dirasai dengan berteriak dan sesetengahnya mengejek Mayweather.

Rakyat Filipina dijangka membanjiri layar gergasi terbuka, panggung wayang, bar dan rumah masing-masing bagi menyaksikan pertarungan hebat itu pagi ini. – http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");