Isu Panas

Sohaimi: Jangan rosakkan undi, beri kepada BN

PERMATANG PAUH – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menasihati ahli Pas cawangan Bagan agar tidak merosakkan kertas undi pada PRK Permatang Pauh.

Sebaliknya katanya, lebih baik undi tersebut diberi kepada calon BN, Suhaimi Shabudin untuk menawan kembali Parlimen tersebut yang dikuasai pembangkang selama 17 tahun.

“Daripada rosakkan undi, lebih baik beri kepada calon BN. Ketokohan dan imej bersih yang ditonjolkan oleh Suhaimi ternyata disenangi penduduk di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ugutan Pas Cawangan Bagan yang akan mengadakan “protes senyap” dengan tidak keluar mengundi atau merosakkan undi pada 7 Mei nanti.

Ketua Penerangan cawangan itu, Azmi Jaafar dilaporkan berkata, tindakan itu akan diambil kerana akar umbi Pas masih tidak berpuas hati dengan PKR yang tidak memohon maaf secara terbuka dalam isu itu.

Malah Pas cawangan itu juga mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah menyatakan sokongan jelas mereka terhadap pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan parti itu.

Sementara itu Sohaimi berkata, cukuplah rakyat di Parlimen Permatang Pauh dijadikan disajikan wakil rakyat seperti ‘bola’ apabila kerusi ini hanya berganti antara suami dan isteri sehingga mencenarkan proses demokrasi negara.

“Saya yakin sikap keprihatinan dan merendah diri calon BN yang ditampilkan Bn akan dapat menambat hati rakyat dan menerima BN sebagai sebuah parti yang mampu membela nasib mereka,” katanya.

Sohaimi sebelum itu menyerahkan kerusi roda dan bantuan ihsan kepada ibu tunggal dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Hussien Seberang Jaya, di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");