Jenayah

Motosikal punya angkara

GEMENCHEH – Dua lelaki berhadapan detik mencemaskan apabila treler 18 tayar yang dinaiki terbalik selepas mengelak dari merempuh motosikal dari arah bertentangan di Kilometer 3 Jalan Air Kuning Batang Melaka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, mangsa iaitu pemandu serta kelindan treler berusia lingkungan 30-an itu cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Air Kuning untuk rawatan lanjut.

Menurut saksi kejadian, Mejar Abu Ibon, 53, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Pasar Tani Gemencheh menuju ke Felda Bukit Jalor dan terkejut apabila dalam sekelip mata sahaja treler berkenaan terbalik selepas mengelak motosikal dari arah Batang Melaka.

“Pada masa itu, saya lihat motosikal berkenaan sedang memotong sebuah kenderaan lain dan treler membawa muatan organik berkenaan cuba mengelak dari merempuh motosikal yang masuk ke laluannya.

“Saya yang cemas melihat treler berkenaan terbalik segera memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan mengeluarkan kedua-dua mangsa yang sedang menahan kesakitan dengan memecahkan cermin hadapan treler berkenaan,” katanya.

Abu berkata, semasa menyelamatkan mangsa, dia terlebih dahulu mengeluarkan pemandu yang mengadu sakit tulang belakang dan kaki kirinya juga cedera, sementara kelindan pula mengadu tangan sebelah kanannya sakit.

Menurutnya, sebaik mangsa dikeluarkan dia terus menahan sebuah van kilang bagi menghantar mangsa ke klinik kesihatan terdekat.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa belumbuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");