Isu Panas

Personaliti Anwar, Azizah kuat di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH – Personaliti bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail lebih sinonim kepada penduduk Permatang Pauh dengan ketokohannya sebagai wakil rakyat.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, kelebihan calon yang bertanding tidak lagi bergantung kepada undi simpati semata-mata, sebaliknya aspek personaliti juga diambil kira oleh pengundi kawasan tersebut.

“Undi simpati memang kita kena lihat, ada sesetengah tempat itu dalam negara ini dari segi geografi dan lokalitinya, ia bergantung kepada personaliti seseorang itu.

“Permatang Pauh ini pula ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, kerana ketokohan Anwar Ibrahim yang menjadi ahli Parlimen sejak 1982 dan kemudian dengan Wan Azizah sejak 1999, jadi hubungan itu memang wujud,” katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, katanya pemilihan Wan Azizah bagi menggantikan tempat suaminya itu sebagai calon PRK Permatang Pauh tidak boleh disifatkan sebagai amalan nepotisme atau calon yang mempunyai hubung kait kekeluargaan.

“Macam Gua Musang juga yang dikaitkan dengan Tengku Razaleigh, dia lebih sinonim di tempat atau lokaliti itu dan begitu juga Pekan yang dulunya adalah Tun Razak, tak kata pun itu sebagai nepotisme.

“Sejak 1960-an Tun Razak di situ, sekarang ia digantikan dengan Datuk Seri Najib sejak 1977 lagi, bermakna Pekan juga tidak boleh dielakkan dengan personaliti seseorang itu,” ujarnya.

Ditanya mengenai pemilihan Wan Azizah sebagai calon PKR di situ sebagai tepat pada masanya, beliau mengakuinya sambil menegaskan kredibilitinya sebagai Presiden PKR, isteri Anwar serta orang penting yang menubuhkan PKR sejak 1998 menjadi ikon di Permatang Pauh

“Wujudnya PR ini juga kerana beliau, sebagai seorang pemimpin, karakter lemah lembutnya, personaliti serta kesopanannya itu yang menarik dan mempertautkan parti komponen PR sehingga ke hari ini.

“Walaupun ada sumbangan daripada pemimpin-pemimpin yang lain, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa kehadiran Wan Azizah dalam politik itu telah berjaya mewujudkan lanskap politik baharu,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");