Sukan Hari Ini

MU tak mahu lepas Van Persie, Maria

MANCHESTER United tidak berhasrat untuk melepaskan dua bintangnya, Robin Van Persie dan Angel Di Maria untuk aksi pada musim akan datang meskipun terdapat khabar angin kedua pemain itu akan meninggalkan The Red Devils.

Memetik laporan Daily Express, Manchester United mengambil keputusan tidak akan menjual kedua-dua pemain itu kepada mana-mana pasukan.

Sebelum ini, pihak pengurusan United dikatakan ingin menamatkan kontrak Van Persie lantaran tidak banyak beraksi pada perlawanan pada musim ini kerana dihantui masalah kecederaan.

Sementara itu, pemain termahal, di Maria juga dilihat gagal membuktikan kemampuannya meskipun tampil meyakinkan pada beberapa perlawanan pada awal musim dan banyak menghabiskan di bangku simpanan.

Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) pula dikhabarkan ingin menyunting pemain itu.

Dalam pada itu, United juga menafikan akan meminjamkan pemain muda Belgium, Adnan Januzaj, kepada kelab lain.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");