Sukan Hari Ini

Sepp Blatter tetap tidak mahu berundur

ZURICH: Presiden FIFA, Sepp Blatter tetap dengan pendirian tidak akan meletakkan jawatan meskipun mengakui dakwaan rasuah dan penyelewengan memalu dan mengaibkan badan induk bola sepak dunia itu.

Ketika FIFA menghadapi krisis dalam sejarah 111 penubuhannya, Presiden UEFA, Michel Platini pula meminta agar Blatter, 79 tahun berundur segera.

“Saya kata, saya minta anda untuk meninggalkan FIFA, imej FIFA buruk sekarang. Dia berkata dia tidak dapat berundur dalam keadaan mengejut,” kata Platini, bekas pemain antarabangsa Perancis memberitahu pemberita hari ini.

Dalam ucapan pembukaan Kongres FIFA di Zurich, Blatter berkata ‘taufan’ yang melanda FIFA dua hari lalu termasuk penahanan pegawai badan induk bola sepak itu di hotel mewah di Switzerland jelas memalu dan mengaibkan bola sepak dunia.

Tampil pertama kali di khalayak umum sejak Rabu di mana penyiasatan yang diketuai pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki wujud pemberian rasuah dalam FIFA, Blatter berkata, sebarang amalan rasuah tidak sepatutnya berlaku dalam badan itu.

“Kejadian yang berlaku semalam adalah bayangan lama yang melanda bola sepak dan Kongres ini,” kata Blatter yang mahu mendapatkan mandat untuk penggal kelimanya menjadi Presiden FIFA dalam pemilihan yang bermula hari ini.

Beliau akan ditentang oleh Putera Ali Al Hussein dari Jordan.

Mengetepikan desakan untuk berundur Blatter berkata: “Saya tahu ramai orang mahu saya mengakui bertanggungjawab…saya tidak dapat memantau setiap orang bagi sepanjang masa. Jika seseorang mahu melakukan salah laku, mereka juga cuba untuk menyembunyikannya.”

Platini pula berkata, 45 daripada 46 daripada ahli gabungan UEFA akan mengundi untuk Putera Ali.

Namun, Blatter dikatakan masih menguasai undi yang cukup dalam kalangan 209 ahli FIFA untuk mengekalkan jawatannya itu. – REUTERS/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");