Perak Hari Ini

PAS Kekal Dasar, Pinda Perlembagaan Kuatkan Pentadbiran Parti

SERI ISKANDAR: PAS masih mengekalkan dasar penubuhan parti yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama meskipun perlembagaannya dipinda.

Timbalan Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, pindaan perlembagaan PAS dilakukan untuk menguatkan lagi pentadbiran parti berkenaan.

“PAS dari awal penubuhannya adalah dasar Islam dan ini tak pernah berubah di mana rujukan utamanya adalah Al-Quran dan Sunnah.

“Kalau berlaku pindaan perlembagaan, ia hanya untuk menguatkan pentadbiran, bukan mengubah daripada sudut dasar,” kata beliau dalam ucap utamanya ketika merasmikan Konvensyen PAS Perak Kali Ke-18 di Seri Iskandar, pagi tadi.

Katanya lagi, PAS telah meminda perlembagaan dengan menaikkan martabat kepimpinan ulama kepada Majlis Syura.

“Ulama-ulama ini ditetapkan supaya dasar PAS lebih senang untuk dipertahankan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, semua pihak tidak perlu bimbang berkenaan dasar parti tersebut akan berubah.

“Oleh itu, tidak perlu mana-mana pihak bimbang, bahawa dasar PAS lari daripada parti.
PERAK TODAY 4

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, tema konvensyen PAS Perak pada kali ini iaitu ’Bahtera Perjuangan Ummat’, memberi seribu makna kepada parti berkenaan.

“PAS hendaklah menjadi ‘Bahtera Perjuangan Ummat’ yang boleh ditumpangi oleh semua orang bagi menyelamatkan Negara yang sedang menuju kehancuran,” ucapnya dalam majlis berkenaan.

Menurut beliau lagi, rakyat pada masa ini semakin hilang kepercayaan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) kerana isu-isu semasa yang timbul.

“Sekarang rakyat semakin benci dengan UMNO-BN sejak adanya media baru yang sentiasa menyalurkan maklumat tentang isu-isu Negara seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1MDB, Tabung Haji dan sebagainya.

“Ia menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan dan benci kepada UMNO,” tegasnya.

Ujar Razman lagi, persoalan juga timbul dalam kalangan rakyat untuk memberi kepercayaan penuh kepada PAS bagi mengurus Negara.

“Rakyat turut mempersoalkan keupayaan PAS dalam mengurus tadbir Negara dengan segala kepincangan, permasalahan, isu-isu dalaman PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang sentiasa melingkari kotak pemikiran mereka,” katanya.

Katanya lagi, walau apa pun yang terjadi, PAS perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai dan perlu menang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");