Sukan Hari Ini

Wei Feng lupa kisah duka

EPISOD sedih mahu ditukar menjadi gembira. Itulah tekad pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng yang mempersiapkan diri untuk beraksi di Siri Super Terbuka Australia 2015 yang akan bermula Selasa ini.

Wei Feng yang masih kecewa kerana tidak dipilih menyertai Kejohanan Dunia 2015 di Jakarta, Ogos depan, berkata, perjuangan harus diteruskan walau apa cara sekali pun dan dia harus memikirkan cara untuk melupakan insiden itu.

Katanya, dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang sebaliknya berazam untuk mencari mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik, tahun hadapan.

“Bukan senang untuk melupakan insiden itu, tapi apa yang boleh saya buat kalau terus memikirkannya. Jadi saya memutuskan untuk meletakkan episod sedih itu di belakang dan pandang ke hadapan.

“Caranya adalah dengan betul-betul fokus terhadap Terbuka Australia kerana paling penting buat saya sekarang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

“Saya tidak mahu lagi ketinggalan mata dan tekad untuk mengutip mata sebanyak mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai sasarannya di Terbuka Australia, Wei Feng berharap dapat melayakkan diri ke undian utama selepas terpaksa bermula di pusingan kelayakan.

Dalam aksi kelayakan, pemain kelahiran Sungai Petani itu akan berdepan pemain Jepun, Riichi Takeshita dan selepas itu mungkin berdepan wakil Hong Kong, Ng Ka Long Angus.

Sekiranya layak ke undian utama, Wei Feng akan bertemu pemain Korea Selatan yang juga pemain nombor 16 dunia, Hyun-il di pusingan pertama.

“Saya rasa peluang ke pusingan pertama tetap ada, apa pun, saya tetap perlu berhati-hati dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar,” katanya yang masih belum memenangi sebarang gelaran Super Series dalam kerjayanya.

Selain Wei Feng, tiga lagi perseorangan lelaki negara akan beraksi di undian kelayakan ialah Zulfadli Zulkifli, Jian Ai Wei dan Mohd Arif Abdul Latif.

Selepas beraksi di Terbuka Australia, Wei Feng akan menyertai skuad badminton negara mengambil bahagian di Sukan Sea 2015 Singapura bulan depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");