Perak Hari Ini

Pasukan SMART Sedia Hadapi Bencana dan Tragedi

TRONOH: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang melibatkan tiga agensi penting di negara ini telah bersiap sedia dengan peranan dan tanggungjawab sebagai satu pasukan penyelamat yang berkualiti, kompeten serta bertaraf dunia dalam menghadapi bencana.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan tersebut telah ditubuhkan selepas tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers..

“SMART terdiri daripada tiga agensi utama yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang ditubuhkan pada 1994.

“Ia ditubuhkan selepas kejadian Highland Tower dahulu apabila kerajaan merasakan perlunya pasukan khas bagi menangani keadaan yang kritikal dan major yang diklasifikasikan sebagai kemusnahan,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya pasukan tersebut, maka ia dapat menangani kejadian bencana dan juga tragedi dengan lebih sistematik.

“Penubuhan SMART ini merupakan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 yang melibatkan pengurusan bencana ini dibuat mengikut garis panduan.

“Ia bertujuan supaya semasa berlakunya apa-apa bencana besar yang melibatkan kemusnahan harta benda, aset-aset strategik kerajaan dan juga nyawa manusia didalam negara ia dapat diselesaikan,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Tamat Latihan Kursus Khas Pasukan SMART Siri 1/20015 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, di sini, hari ini.

Ujarnya, sebelum ini banyak siri khusus yang dikendalikan, namun kali ini ia lebih signifikan kerana ianya merupakan latihan asas bagi semua 50 ahli yang baru yang diambil.

Kursus tersebut melibatkan seramai tiga Pegawai Kanan serta 27 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada lima orang anggota PDRM, 19 orang (JPBM) dan 23 orang daripada ATM.

Ia berlangsung selama enam minggu bermula daripada 22 Mac sehingga 2 Mei 2015.

PERAKTODAY18

Sementara itu, menurut Komendar SMART, PPjB Mohd Zahari Abdullah, pasukannya itu pada masa ini sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Di Asia Tenggara ini, cuma Singapura sahaja yang mendapat pengiktirafan antarabangsa

“Bagi memantapkan lagi pasukan ini, kamu sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dunia iaitu International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) melalui ‘International External Clasification’ yang diadakan pada bulan Februari 2016,” jelasnya.

Zahari berkata, dengan pengiktirafan tersebut, pasukan tersebut mampu meneruskan misi bantuan ke luar negara tanpa bantuan daripada pihak lain.

“Selepas diikhtiraf barulah pasukan SMART ini boleh pergi ke mana-mana negara untuk membuat aktiviti menyelamat ke luar negara secara sendiri tanpa memerlukan bantuan pihak lain.

“Jadi sama ada lulus atau tidak itu terpulang kepada keputusan yang di buat oleh pihak tersebut,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau berkata, pada masa ini terdapat 141 anggota yang melibatkan 11 pegawai dan 130 anggota dan beroperasi di Pulau Meranti di Puchong.

“Setakat ini kita telah melaksanakan misi bantuan untuk pelbagai bencana tidak kira dalam mahupun luar negara antaranya di Acheh, Pakistan, Ukraine, Filipina dan yang terbaru adalah Nepal.

“Sebanyak 26 anggota SMART telah dihantar ke sana selama dua minggu dan mengikut keadaan semasa untuk misi menjalankan bantuan kemanusian apabila negara itu dilanda gempa bumi baru-baru ini,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");