Sukan Hari Ini

Pemain bola sepak Belgium meninggal dunia

BRUSSELS: Pemain bola sepak Belgium, Gregory Mertens meninggal dunia tiga hari selepas dia diserang sakit jantung ketika beraksi untuk kelab barisan kedua, Lokeren, menurut sumber hospital kepada agensi berita Belga, Jumaat.

Pemain bertahanan berusia 24 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas rebah di atas padang pada minit ke-20 ketika bermain menentang Genk, Isnin lalu.

Dia diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Mertens memulakan kerjaya bersama kelab tersohor di negaranya, Anderlecht tetapi berpindah ke Lokeren, Januari tahun lalu dari Cercle Bruges dan mewakili skuad Bawah 21 tahun Belgium beberapa kali.

Ini adalah tamparan kedua untuk Belgium selepas kehilangan pemain berusia 20 tahun, Junior Malanda yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Januari lalu. Dia beraksi untuk kelab Bundesliga, Wolfsburg ketika itu. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");