Jenayah

Pemandu van tahan sakit 15 minit

KOTA TINGGI – Seorang pemandu van terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit akibat tersepit selepas terlibat nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Jalan Kulai-Kota Tinggi, berhampiran Kampung Semangar, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika mengesahkan kejadian berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler, Proton Saga dan sebuah van.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu dipercayai berlaku apabila Proton Saga dari arah Kota Tinggi menghala Kulai telah makan jalan dan bergesel dengan van yang dinaiki dua penumpang.

“Van berkenaan dari arah Kulai menghala Kota Tinggi. Ekoran geselan yang berlaku, van hilang kawalan sebelum bergesel pula dengan treler.

“Akibat kemalangan itu, pemandu van, Hairul Azwan Ahmad, 22, bersama dua penumpangnya, Amran Yusrai, 23, dan Azreen Azri, 22, cedera parah. Manakala, pemandu Proton Saga hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT),” katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus jalan dua hala dan mempunyai garisan berkembar.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Proton Saga kerana telah masuk ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca juga baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");