Sukan Hari Ini

Skuad hoki kalah kali keempat dalam perlawanan persahabatan K

UALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Skuad Tai Beng Hai kalah semua tiga perlawanan menentang pasukan campuran Belanda awal minggu ini dan kalah 1-3 kepada pasukan kebangsaan Belgium di padang KNC Dragon, Antwerp pada Sabtu.

Pasukan negara kalah 1-2 pada 2 Mei, 0-1 pada 4 Mei dan 2-6 sehari kemudian kepada pasukan Belanda yang diwakili pasukan Bawah 21 tahun mereka.

Perlawanan itu sebagai persiapan pasukan negara menghadapi pusingan ketiga kejohanan Liga Dunia Hoki dari 20 Jun hingga 5 Julai di Belgium.

Malaysia menghadapi saingan sukar pada kejohanan itu yang juga adalah pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 setelah diundi bersama Belgium, Ireland, China dan Great Britain dalam Kumpulan B. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");