Perak Hari Ini

Pemuda PAS Ipoh Timur Sedia Buka Pentas Dialog

IPOH: Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur bersedia untuk membuka pentas dialog dua hala dengan menampilkan calon-calon untuk menyatakan pandangan serta pendapat bersempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Ketua Penerangannya, Shamsul Effendey Abd Rahim dalam satu kenyataan medianya berkata, dialog tersebut bukanlah satu platform untuk mencetuskan pergaduhan, sebaliknya hanya sebagai medan untuk menyatakan pandangan masing-masing.

“Kami membuka pentas dialog dua hala dengan menampilkan calon-calon terutama di jawatan Ketua iaitu penyandang, Suhaizan Kayat dan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz kerana ianya adalah lebih baik daripada kita berkofrantasi negatif melalui media,” katanya.

Beliau berkata, pihak akar umbi mahu melihat kemampuan pimpinan yang bakal dipilih dengan menilai visi dan misi mereka untuk membawa PAS maju kehadapan menerusi medium politik.

“Kami di peringkat Pemuda PAS Kawasan mahu melihat gagasan masing-masing yang mana kita ingin melihat bagaimana calon di peringkat tiga jawatan tertinggi iaitu Ketua, Timbalan dan Naib dalam membawa aspirasi anak muda Malaysia,” tegasnya.

Beliau turut meletakkan harapan terhadap calon-calon yang bertanding agar dapat menyatakan persetujuan dengan kadar segera supaya Pemuda PAS di negeri itu dapat hadir dalam sesi dialog tersebut.

“Kami yakin Pemuda PAS khususnya calon-calon yang menawarkan khidmatnya telah mencapai tahap kematangan untuk ‘berseteru’ di atas satu pentas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");