Perak Hari Ini

Penduduk Taman Lapangan SSI, Kesan Pembinaan Longkang Haram Oleh Pemaju

IPOH: Penduduk Taman Lapangan SSI 6, dekat Pasir Puteh, menyuarakan bantahan secara aman mengenai pembinaan sistem perparitan berhampiran jalan taman berkenaan dikhuatiri boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan kehidupan penduduk di situ.

Pembinaan salur perparitan tersebut disedari penduduk taman berkenaan sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Wakil penduduk taman yang enggan dikenali berkata, tindakan membina salur longkang tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kawasan tempat tinggal mereka.

PERAKTODAY4

“Sehingga ke hari ini pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), masih belum melaksanakan sebarang tindakan yang dijanjikan kepada pihak penduduk berkenaan masalah di Taman ini,”.

“Hari ini longkang ini dibina secara haram dan air akan disalurkan ke longkang berhampiran kediaman kami,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, segala rugutan penduduk berkenaan pembinaan projek perumahan tersebut masih belum diselesaikan termasuklah pembinaan pagar bertingkat yang terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

PERAKTODAY1

Bagaimanapun, rugutan penduduk taman berkenaan telah mendapat reaksi pantas daripada pihak MBI sendiri apabila wakilnya hadir dan berunding dengan wakil penduduk sebentar tadi.

Sebaik daripada perbincangan singkat itu, pembinaan perparitan berkenaan juga telah dihentikan dan pihak pemaju bertindak menutup semula lubang berkenaan.

PERAKTODAY2

“Memang ianya ditutup semula hari ini tapi kami masih khuatir dengan pembangunan ini ternyata sedikit sebanyak semakin menjejaskan kehidupan kami di sini,” kata penduduk taman itu lagi.

Perjumpaan mesyuarat antara penduduk taman SSI dengan pihak MBI dijangka akan dijalankan pada Jumaat depan bagi mencari mencari penyelesaian sewajarnya berhubung perkara tersebut.

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");