Panasnya Hari Ini

RMK11: “Tangani Golongan Isi Berpendapatan 40 Peratus Terendah” -PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berikhtikar bersungguh-sungguh dalam memastikan tiada golongan rakyat yang akan tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (Bottom 40 percent), atau B40 yang mana menurut perangkaan, golongan B40 tersebut setakat ini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.

“Dalam tempoh Rancangan ini, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang 2,500 ringgit sebulan pada tahun 2014 kepada lebih 5 ribu ringgit sebulan pada tahun 2020 kelak yang mana Kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti.

Katanya, bagi menangani kos sara hidup isi rumah B40 tersebut, beberapa inisiatif-inisiatif seperti Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia akan terus dilaksanakan disamping pelbagai lagi inisiatif baru akan diperkenalkan sepanjang tempoh Rancangan berkenaan.

“Pendapatan isi rumah B40 juga dapat dipertingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi dan bagi yang berminat untuk berniaga pula, program sokongan keusahawanan akan ditambah baik khususnya, perusahaan mikro dan kecil,” jelasnya.

Di samping itu, beliau menyeru agar sektor swasta, terutamanya syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, supaya menyumbang kepada pembangunan golongan ini dengan cara menempatkan premis perniagaan atau kilang-kilang mereka, di kawasan majoriti penduduk B40.

“Seperkara lagi, masyarakat kelas menengah seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan, dapat ditingkatkan saiznya daripada 40 peratus sekarang, kepada 45 peratus bila tibanya tahun 2020,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");