Panasnya Hari Ini

RMK11: Sasar Bina Sejuta Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mensasarkan untuk membina sejuta buah rumah mampu milik untuk rakyat sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan beberapa pihak bagi merealisasikan sasaran tersebut.

“Pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat akan dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta menerusi PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

“Daripada jumlah sejuta unit rumah yang dihasratkan tersebut, sebanyak 182,000 unit rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Disamping itu, beliau berkata, sebanyak 23,000 unit rumah telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.

“Jikalau dalam tempoh RMK-10, sekitar 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta di pelbagai negeri, di bawah RMK-11 pula, sejumlah 653,000 unit rumah lagi akan dibina oleh pelbagai pihak,”katanya.

Najib turut mengumumkan, satu program baik pulih secara besar-besaran akan dilaksanakan bagi mengubah wajah rumah-rumah di kawasan kampung dan juga luar bandar.

“Satu program baik pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak 400,000 rumah dalam tempoh Rancangan ini dilaksana.

“Sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 akan diperuntukkan kepada setiap rumah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");