Berita Hari Ini

Rohingya: P Pinang sedia beri kerjasama

GEORGETOWN? – Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia bekerjasama dengan Putrajaya ?untuk menangani isu keselamatan negara berikutan kebanjiran pelarian Rohingya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ?pihaknya sedia membantu jika ia melibatkan keselamatan negara.

Bagaimanapun, beliau ?belum diberitahu dan diberi penerangan lanjut? mengenai perkara itu.

?”Kita masih tertanya-tanya bagaimana ?kerajaan ?pusat berurusan dengan pelarian itu yang dibenarkan tinggal sementara di negara ini.

“Semua keputusan bergantung kepada kerajaan ?pusat namun apa-apa pun, perkara ini tidak boleh ‘dipaksa’?,” katanya kepada media.?

Menurutnya, ??kerajaan negeri perlu tahu tanah siapa yang ?kerajaan pusat cadangkan ?sebagai penempatan pelarian itu?.

“Adakah di sini (Pulau Pinang) mempunyai cukup tanah untuk tujuan itu?,” katanya ketika mengulas cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya yang masih terkandas di laut ?kerana? berada di? ?bahagian utara dan memudahkan urusan penghantaran pulang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ?dipetik sebagai berkata, lokasi penempatan sementara itu seharusnya dibina di utara tanah air dan pihaknya mendapati Pulau Pinang adalah negeri yang paling sesuai dan strategik.

Menurutnya, cadangan itu dibuat ?kerana ia mempunyai kawasan perairan yang sesuai termasuk memudahkan proses kemasukan serta penghantaran pulang golongan itu nanti.

Guan Eng ?tidak mahu mengulas lanjut kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan dengan pihaknya.

“Mereka tidak ada beritahu kita apa-apa pun. Sekiranya mereka mengambil keputusan sendiri (tanpa perbincangan, bagaimana saya nak ulas lanjut selain mengatakan ‘kita bersedia beri kerjasama’.

“Apa-apa pun mereka perlu berjumpa dan berbincang dengan kita (Kerajaan Pulau Pinang) dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Malaysia dan Indonesia bersetuju menawarkan perlindungan sementara dan tawaran itu adalah persefahaman bagi proses penempatan semula dan penghantaran pulang yang akan dilakukan dalam tempoh setahun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");