Perak Hari Ini

Perak Bakal Lancar Pelan Tindakan Pelancongan Tahun Hadapan


IPOH: Kerajaan negeri bakal melancarkan satu pelan tindakan bagi industri pelancongan pada tahun hadapan yang bukan sahaja memfokuskan kepada pembangunan, malah strategi promosi.

“Kerajaan negeri telah duduk bersama-sama dengan pihak industri dan akan melancarkan pelan tindakan pelancongan di negeri ini.

“Pelan tindakan ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, iaitu 2016 hingga 2015,”kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Katanya, daripada segi daya tarikan kepada pelancong, Perak telah berjaya menarik pelancong tempatan untuk berkunjung ke negeri itu, namun bilangan pelancong antarabangsa yang datang pula masih berkurangan.

“Kerajaan negeri akan mencari produk yang boleh dipasarkan untuk pasaran antarabangsa selain untuk mempelbagaikan golongan pasaran.

“Buat masa sekarang, kita hanya mempromosikan dua produk di peringkat antarabangsa iaitu Royal Belum dan juga Pulau Pangkor,” katanya selepas beliau merasmikan Festival Raja Sehari 2015 di AEON Kinta City, di sini, tengah hari tadi.

PERAK TODAY 1

Dalam perkembangan lain, Nolee berkata, industri perancang perkahwinan telah mengalami transformasi yang begitu ketara pada masa kini .

“Pada hari ini, industri ini telah mengalami transformasi dimana kita lihat kebanyakan perancang perkahwinan ini menyediakan perkhidmatan daripada ‘A to Z’ yang diuruskan dalam satu pakej berbanding dahulu.

“Begitu juga perkhidmatan fotografi yang bukan sahaja di majlis-majlis kahwin, tetapi banyak lokasi yang menarik di Negeri Perak yang boleh dijadikan lokasi fotografi perkahwinan seperti Kellie’s Castle, Gunung Lang dan Gua Tempurung, “ ujarnya.

Selain itu, katanya lagi, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk membuka ruang dan peluang kepada para peniaga untuk mengadakan promosi bagi acara-acara yang tertentu.

“Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak, terutamanya pihak swasta membantu kerajaan untuk membuka ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga kita mengadakan promosi-promosi yang diperlukan,” katanya lagi.

PERAK TODAY 2

Sementara itu, Penganjur festival Raja Sehari 2015, Dyani Sabri berkata, festival tersebut diadakan untuk mempromosikan butik-butik yang menawarkan pelbagai jenis produk perkahwinan.

“Kita mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta pada tahun ini kerana pada tahun lalu, kita berjaya memungut sebanyak RM750,000,” katanya.

Festival yang dianjurkan oleh Mace Event dan ditaja oleh Rina Richie Boutique & Spa tersebut telah memasuki tahun kedua penganjurannya dan diadakan selama enam hari bermula 19 Mei sehingga 24 Mei bertempat di AEON Kinta City Mall, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");