Jenayah

Seorang maut dalam kebakaran di Johor Bahru

-Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala empat lagi ahli keluarganya terselamat dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat mereka di Taman Daya di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata pada kejadian kira-kira 7.17 pagi itu, Leng Yoo On, 50, ditemui terperangkap di tingkat atas rumah itu dipercayai lemas akibat terhidu asap tebal.

“Mangsa tidak dapat diselamatkan kerana api telah marak apabila pihak bomba tiba, manakala empat lagi ahli keluarganya berjaya diselamatkan,” katanya.

Yang terselamat ialah isteri mangsa dan tiga anak mereka. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");