Berita Hari Ini

Shabery selar portal putar belit kenyataan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar tindakan sebuah portal dalam talian yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad Shabery berkata beliau tidak pernah menyatakan tindakan sebuah pasar raya yang menyerap GST sebagai melanggar undang-undang.

“Saya tak pernah cakap Serap GST melanggar undang-undang #TheMalaysianInsiderSpin kenyataan saya, tak habis-habis buat fitnah TMI ni,” katanya dalam tweet terbaharunya hari ini.

Semalam, portal tersebut menerbitkan berita dengan memetik Ahmad Shabery sebagai berkata keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang. -Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");