Perak Hari Ini

Seorang Pelatih Puspen Perlop Melarikan Diri Berjaya Ditangkap

SUNGAI SIPUT: Seorang daripada tiga pelatih yang melarikan diri daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ( PUSPEN) Perlop telah berjaya ditangkap malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Wan Jamil Wan Chik pelatih berkenaan berjaya dikesan sekitar jam 9 malam semalam.

“Sekitar 9 malam semalam pihak keluarga telah memaklumkan kepada pihak pusat Puspen Perlop bahawa pelatih yang melarikn diri kini berada di stesen bas Bandar Baru Teluk Intan,” katanya.

Tambahnya sejurus selepas mendapat maklumat pihak Puspen terus ke lokasi dan berjaya membawa balik pelatih tersebut.

Pelatih Mohd Firhan bin Norizan telah dibawa pulang semula ke Puspen untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, kehilangan tiga pelatih itu disedari pihak Puspen dengan penemuan sebatang kayu dan kain selimut yang tersangkut pada pagar berhampiran pejabat pentadbiran Isnin lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam lima hingga enam pagi semasa semua pelatih keluar untuk menunaikan solat Subuh.

Setakat ini dua pelatih yang melarikan diri masih lagi belum dijumpai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");