Perak Hari Ini

Siri Wacana Intelek Ruang Untuk Berkongsi Pandangan

IPOH: Siri wacana intelek anjuran Kerajaan negeri melalui Institut Darul Ridzuan (IDR) memasuki siri ketiga penganjurannya dengan terus menadaptasi perbincangan berteraskan akademik serta pertukaran pandangan secara terbuka bersama para hadirin.

Menurut Menteri Besar Datuk seri Dr Zambry Abd Kadir Siri ketiga kali ini menampilkan  Dr.Syakh Muhaddith Muhammad Yahya Anninowy ahli akademik dan ilmuan Islam berasal daripada Syria menerangkan tentang pelbagai idea dari segi wajah pemikiran Islam yang sederhana serta memberikan pandangan yang muk’tabar.

PERAKTODAY3

Wacana intelek dengan tajuk “Unholy war: Teror in the Name of Islam” katanya juga telah membawa pendekatan kepada perbincangan mengenai agama dalam usaha untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan sebagai asas selain membuktikan agama bukannya punca kepada permasalahan yang timbul kini.

“Langkah yang diadakan hari ini bukan semata-mata pendekatan yang diguna hanya dalam kelompok sendiri dan inisiatif ini juga bagi berinteraksi dengan semua golongan termasuk bukan Islam.

“Interaksi yang baik apabila kita membincangkan isu Agama yang berasaskan kepada asas-asas yang benar dan tidak dilingkungi dengan persoalan yang boleh membawa kepada masalah berlaku hari ini,” katanya.

PERAKTODAY2-1

Tambahnya lagi, pandangan kepada asas utama iaitu ilmu adalah penting dan Islam itu berasaskan kepada rahmat dan perlu berpandukan Al-quran dan juga Hadis bagi menjurus kepada Islam yang sebenar.

“Beliau bukan hanya merujuk dalam konteks negeri Perak tetapi juga asas dalam Islam itu sendiri tentang kosep yang perlu difahami sebaiknya,” katanya lagi.

Ujarnya, siri wacana intelek sebegini  juga membantu untuk mengupas pandangan semua pihak dan merupakan pendekatan yang boleh diguna pakai bagi membantu masyarakat tanpa perlu hidup berentakan.

“Program ini mendapat sambutan yang baik dan dalam perihal memahami perkara yang perlu dilihat diluar lingkungan politik.

PERAKTODAY4

“Saya telah melaksanakan program  ini beberapa tahun iaitu ada perkara yang melingkungi politik termasuk juga yang menyentuh perihal kehidupan rakyat di negeri ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kaedah sebegini tidak perlu mengunakan pendekatan hanya berpihak kepada satu pandangan tetapi melalui pendekatan dan pandangan daripada semua pihak.

“Ada hal-hal yang perlu kita lihat di luar kotak politik yang tidak perlu dipolitikkan seperti kehidupan rakyat dan beragama disamping menyemai keharmonian,” katanya lanjut.

PERAKTODAY6

Ujar Zambry lagi, Kehadiran Tokoh Islam seperti Dr.Syakh Muhaddith Muhammad Yahya Anninowy yang hadir memberi pandangan tentang Islam dan turut dihadiri oleh kalangan bukan Islam  bagi mengetahui dan berkongsi pandangan merupakan satu permulaan yang cukup baik.

“Ianya merupakan pendekatan yang dilakukan supaya dapat diterima dengan baik dan mewujudkan keharmonian yang ada,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");