Jenayah

Tujuh motosikal hangus

RAWANG – Seorang pengusaha kedai motosikal kerugian kira-kira RM20,000 apabila tujuh kenderaannya itu hangus dalam kebakaran di Jalan 12, Taman Bersatu di sini, jam 4.40 pagi kelmarin.

Pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Tan berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek lelaki berusia 50-an membakar kain banting berhampiran tempat motosikalnya diletak.

Menurut Tan, lelaki berkenaan memang dikenalinya sebagai pesakit mental yang bergantung kepada ubat sepenuhnya.

“Dia ambil masa hampir sepuluh minit juga untuk menyalakan api sebelum merebak pada motosikal yang diparkir berdekatan kedai.

“Seorang penghuni yang bangun awal kemudian menyedari kebakaran dan bertindak mendapatkan bantuan orang awam sebelum bomba tiba kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.

Katanya lagi, dia telah membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");