Laporan Eksklusif

Tun M Terus ‘Serang’ Najib

KUALA LUMPUR: Kritikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagaikan tiada kesudahan apabila Tun Mahathir secara berterusan mempersoalkannya melalui penulisan terbaru di blog beliau.

Di dalam blog beliau, Mahathir mendakwa, segala jawapan untuk setiap soalan yang ditanya kepada Najib atau menteri telahpun disediakan oleh pegawai kementerian tersebut.

Tetapi, Mahathir dengan tegasnya mendakwa, ianya menjadi tanggungjawab menteri di kementerian berkenaan jika ada kesalahan yang berlaku.

“Walaupun prosiding dalam dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar,”tulis beliau.

Tulisnya lagi, sebagai menteri, mereka perlu bertanggungjawab dan menyemak segala jawapan yang dibuat itu adalah benar kerana ianya dibuat di atas nama mereka.

Mahathir turut mempertikaikan penjelasan Najib berkaitan wang USD1 billion yang tidak dibawa balik ke Negara ini kerana akan diganggu oleh Bank Negara.

“Setahu saya, bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000.

“Jika urusan tidak ada kaitan dengan ‘money laundering’ atau yang didapati secara haram, ia tidak menjadi masalah,”katanya.

Mahathir turut mempersoalkan sama ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terlibat dengan ‘money laundering’ sehinggakan terpaksa disimpan di Singapura.

Tulisnya lagi, Negara Republik berkenaan turut memeriksa setiap transaksi keluar masuk ke Negara itu bagi mengelakkan jenayah ‘money laundering’.

“Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka pegawai dan menteri bersalah kerana berbohong,”tegasnya.

Tulis Mahathir lagi, ianya merupakan satu jenayah di bawah undang-undang jenayah Negara sekiranya Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh Monetary Authority of Singapore (MAS).

Mahathir turut menulis, tentang keengganan jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuat laporan polis berkenaan kehilang wang 1MDB.

“Sebaliknya, orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya terlibat dengan membiayai keganasan dan ‘money laundering’.”katanya.

Tulis Mahathir lagi, beliau melahirkan rasa sedih apabila ada perasaan pilihkasih di dalam siasatan jenayah di Negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");