Membawang Hari Ini

Cinta baharu Amyra Rosli

SELAIN berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, tunjang utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong, Amyra Rosli kini sibuk mengusahakan jenama pakaian sendiri, Duchess by Amyra Rosli yang dijual secara dalam talian.

Kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli ini, perniagaannya itu bertitik tolak daripada dorongan peminat yang mahukannya menggunakan jenama pakaian sendiri.

Malah, bagi mengekalkan nilai eksklusif, pelakon berusia 24 tahun ini hanya mengeluarkan kira-kira 200 helai pakaian untuk setiap koleksi.

“Tidak hanya golongan remaja, sebaliknya Duchess by Amyra Rosli bersesuaian untuk semua peringkat usia,” katanya.

Meskipun ada yang menyifatkan dan cita rasa fesyennya membuatkannya kelihatan lebih berusia, Amyra memberitahu, apa yang penting pakaian itu tidak mendedahkan kulit atau terlalu menjolok mata.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");