Sukan Hari Ini

Aguero tetap bela Messi

PENYERANG berbisa Argentina, Sergio Aguero membela rakan sepasukannya, Lionel Messi yang terus dikritik kerana ketandusan gol dalam kempen Copa America 2015.

Aguero, 27, dan Messi, 28, adalah dua sahabat yang sering beraksi bersama sejak remaja.

Kini mereka berdua berusaha membawa Argentina untuk menjulang trofi Copa America bagi mengakhiri kemarau 22 tahun tanpa gelaran.

“Messi sentiasa mahu beraksi dengan baik dan jika dia tidak menjaringkan gol, dia akan berkata ‘saya tidak mendapat nasib yang baik’.

“Saya menjelaskan kepadanya gol itu akan hadir dan kamu hanya perlu menanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");