Panasnya Hari Ini

Anggap Duit hilang selagi 1MDB Tidak Tunjuk bukti-Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengasak dengan pelbagai persoalan mengenai duit pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkannya telah hilang selagi masih tiada bukti mengenai pelaburan dan pembayaran mengenainya dibuktikan.

Menerusi penulisan blog beliau chedet.cc hari ini, beliau mengesa supaya kerajaan perlu mengemukakan dokumen sah yang bertandatangan dan bukan sekadar mereka pelbagai cerita tentang kehilangan wang dalam 1MDB.

“Sehingga tiada bukti dokumentari ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif  atau Perdana Menteri, ditunjukkan,..kita  menganggap bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang,” katanya.

Tambah beliau lagi bukti juga perlu diberikan berkenaan kewujudan syarikat Petro Saudi dan pelaburan dalam Cayman Island juga mengelirukan.

“Pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau adakah ia Turkmenistan) tidak begitu jelas, dan tiada pemilikan kapal penggerudian.

“Kemudian tiba-tiba USD 300 juta bayaran oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha. Ini USD 300 juta seolah-olah telah bertukar tangan dengan kelajuan kilat.

“Kami benar-benar tidak tahu di mana ia dan 1MDB juga tidak akan memberitahu kita mengenai,” tulisnya.

Tambahnya lagi, 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak menunjukkan bukti kewujudan wang USD 1 Billion yang di simpan di Kepulauan Caymandan dan persoalan mengenai wang tersebut disimpan di Singapura atau ianya telah hilang.

“Kita perlu bukti semua pelaburan dan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB…tetapi tiada bukti telah ditunjukkan untuk menerima pengambil alihan loji janakuasa dan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur serta tanah persendirian di Pulau Pinang,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");