Isu Panas

Anwar fail permohonan panggil bekas pengarah JSJK

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff memberi keterangan lisan bagi pendengaran semakan sabitan dan hukuman kes liwatnya.

Permohonan itu difailkan peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Pada 30 April lalu, Anwar memfailkan permohonan supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keterangan Ramli dalam pendengaran semakan itu akan membabitkan “insiden mata lebam” pada tahun 1998.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");