Jenayah

Broker tanah dihukum mati mandatori

AYER KEROH – Seorang broker tanah dihukum mati mandatori selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya berusia 6 tahun.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman kepada Azman Abd Rahman 41, kerana didapati bersalah memukul sehingga menyebabkan kematian Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6 tahun, akibat gagal mengawal kemarahan selepas anak tirinya membuang air besar di dalam seluar.

Zulkifli dalam alasan kehakimannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dikemukakan.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Hilmy Samsudin.

Tertuduh didakwa merotan dan menerajang anak tirinya sehingga mati pada 10 Oktober 2011 di kebun kelapa sawit Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah antara 10.30 pagi hingga 2.15 petang.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas mangsa membuang air besar di dalam kereta menyebabkan tertuduh berang sehingga memukul dan akibat mengalami kecederaan parah, mangsa meninggal dunia.

Zulkifli berkata, tindakan tertuduh melampaui batas.

“Mangsa dirotan di dalam kereta kerana membuang air besar selepas itu mangsa keluar kereta kerana kesakitan tetapi kenapa tertuduh perlu memukul dan menerajang mangsa lagi sehingga membawa maut.

“Jika kita mengalami masalah hendak mengawal rasa marah, kita boleh dapatkan rawatan pakar seperti kaunseling.

“Harap kes ini menjadi cermin kepada masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melampaui batas,” katanya.

Katanya, hukuman itu menjadi mesej kepada masyarakat bahawa sekiranya mempunyai sifat panas baran seharusnya perlu bijak mengawal perasaan selain menghormati sistem undang-undang negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");