Sukan Hari Ini

Copa America: Cavani dijangka tinggalkan Uruguay

MONTEVIDEO: Penyerang Uruguay, Edinson Cavani mungkin tidak akan beraksi pada saingan suku akhir menentang Chile, berikutan bapanya terbabit dalam kemalangan maut di tanah kelahirannya itu.

Pemain berkenaan sudah berbincang dengan pengurus pasukan, Oscar Tabarez sama ada akan meninggalkan Chile yang menjadi tuan rumah temasya, untuk bersama bapanya yang terbabit dalam kemenangan di Salto, Utara Uruguay pada Isnin itu.

Mengikut laporan media di Uruguay, Cavani mungkin dibenarkan pulang dan dijangka kembali bersama pasukan sekiranya layak ke separuh akhir.

Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun terbunuh dalam kemalangan membabitkan trak yang dipandu bapa Cavani, Luis, mengikut laporan media Uruguay. Dia ditahan sejurus kemalangan berkenaan. – AFP

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");