Isu Panas

Isma tidak tahu beza Kristian dan Zionis

PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang fahaman zionis.

Katanya, terdapat pemimpin DAP yang menganut agama Kristian mempunyai fahaman zionis yang melampau dan berbahaya.
“Yang paling menakutkan adalah di kalangan Evangelis itu mereka yang menganut fahaman Zionis yang melampau.

Liberal demokratik, sosialis dan sekular bukanlah matlamat akhir perjuangan DAP yang didokong majoriti bangsa Cina.

“Tetapi lebih besar daripada itu ialah memperkukuhkan pengaruh dan cengkaman kaum mereka dalam politik, ekonomi dan budaya,” ujar beliau lagi.

Lapor Ismaweb lagi, Abdullah turut menyifatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai seorang ahli politik yang tidak membaca apabila terus mempertahankan DAP

Ujar beliau lagi, sikap Khalid itu juga adalah sangat menghairankan apabila terus mempertahankan DAP secara membuta tuli.

“Parti majoriti kaum Cina itu jelas membawa cita-cita perjuangan kaum yang melampau sepanjang sejarah sehingga hari ini. Ditambah pula dengan hubungan yang erat parti itu dengan gereja Evangelis yang menyokong agenda liberal dan pembaratan.

“Malang bagi seorang ahli politik yang lantang macam Khalid Samad tetapi gagal menampilkan imej intelektual yang mengkaji dan membaca,” katanya lagi.-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");