Isu Panas

DAP terima jika seiring dasar PR

SHAH ALAM – DAP akan menerima Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sekiranya dasar parti itu kelak seiring dengan dasar utama PR.

Demikian kata, Naib Presiden DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas isu Pasma dijangka akan menubuhkan parti politik.

“Ini bergantung kepada kerangka dasar bersama. Adakah dasarnya seiring dengan dasar utama PR.

“Saya rasa ini boleh dibincangkan kerana setakat ini, kita hanya tahu mereka mahu tubuh parti politik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, satu perjumpaan dengan pucuk pimpinan DAP akan diadakan dan biar DAP membuat keputusan terlebih dahulu.

“Biar mereka tubuh parti itu dahulu. Bila sudah tubuh kita lihat dasarnya…kita perlu tahu dahulu…baru boleh buat keputusan.

“Sekarang isu dengan Pas pun belum selesai,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");