Sukan Hari Ini

Tidak gelabah diasak Rossi

Madrid: Pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo menjuarai perlumbaan MotoGP keempat berturut-turut selepas berjaya mengatasi rakan sepasukannya di Yamaha, Valentino Rossi di Grand Prix Catalunya.

Rossi melakukan asakan berbaki lima pusingan di litar Montmelo berhampiran Barcelona, dengan perbezaan hanya 1.288.
Namun, Lorenzo berjaya menghalang penunggang Itali itu meraih kemenangan di laman sendiri untuk mengutip 137 mata menghampiri Rossi dengan satu mata (138) dalam kedudukan keseluruhan.

Dani Pedrosa yang menunggang Honda menduduki tangga ketiga untuk podium pertamanya musim ini.

“Saya kekal fokus dan tidak melakukan sebarang kesilapan,” kata Lorenzo.

Malang buat pelumba Sepanyol, Marc Marquez, juara bertahan yang terbabas dari litar ketika sedang mengejar Lorenzo sebelum itu, kali ketiga dia jatuh dalam tujuh perlumbaan musim ini.

“Anda perlu bekerja lebih keras lagi,” kata Marquez,22.

“Saya melakukan kesilapan dan kehilangan banyak mata. Perlumbaan berikutnya pasti berbeza dan akan menjadi lebih baik.

“Saya mencapai had maksimum dan perlu lebih berhati-hati di atas motosikal.”
– www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");