Jenayah

Didenda RM250 hisap rokok di R&R

KUANTAN – Majistret Kuantan di sini semalam, mengarahkan Lam Son Min membayar denda RM250 setelah mengaku bersalah menghisap rokok di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah Timur (menghala ke Kuantan) lebih kurang jam 2.45 petang, 1 Februari lalu.

Tertuduh berusia 61 tahun dari Taman Fock Wah, dekat sini, didakwa di hadapan Majistret Tuan Ruzuani Tuan Lah di bawah Peraturan 11(1)(v) Peraturan-peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman di bawah Peraturan 11(3) iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh berkenaan tertuduh sedang menghisap rokok di kawasan berdekatan bangunan R&R, didatangi seorang penguatkuasa Kementerian Kesihatan dan memberitahu kesalahannya menghisap rokok di kawasan tersebut sebelum mengambil putung rokok tertuduh dan dimasukkan ke dalam plastik whirlpack.

Setelah disoal siasat, tertuduh mengaku bersalah dan diberikan notis kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ariff Bakhtiar Abd Aziz.

-SInar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");