Jenayah

Dua beranak ugut jiran dengan parang, kayu

KUALA TERENGGANU – Bengang ‘disoal siasat’ selepas mengaku mencuri sebahagian tanah yang ditambun milik jiran, seorang peniaga bersama anak lelakinya mengugut mahu mencederakan mangsa menggunakan sebilah parang dan sebatang kayu dalam kejadian di Kuala Ibai, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, pertengkaran mangsa berusia 30 tahun dan dua beranak itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3.15 petang berikutan tindakan mangsa bertanya kepada suspek berusia 50-an mengenai perihal kehilangan sebahagian tanah yang ditambun, selepas melihat tanahnya berkurangan.

Jelasnya, suspek mengaku ada mengambil tanah berkenaan tetapi tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang dianggap berkira, sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Pertengkaran menjadi semakin tegang apabila anak lelaki suspek berusia 16 tahun tiba-tiba masuk campur dengan mengacukan sebilah parang sambil mengugut akan mencederakan mangsa.

“Pada masa sama, suspek turut mengambil sebatang kayu dan mengugut mahu mencederakan mangsa menggunakan senjata itu.

“Melihat dua beranak yang semakin agresif itu, mangsa segera beredar kerana bimbang keselamatan dirinya sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis, “ katanya.

Dua beranak itu ditahan di rumah mereka di Kuala Ibai, di sini, jam 10.30 kelmarin.

Sementara itu, Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan dua beranak itu masing-masing direman selama tiga dan dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");