Perak Hari Ini

PAS Dan DAP Memang Tidak Sehaluan : Tajuddin Rahman

IPOH:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berpendapat bahawa  Parti Tindakan Demokratik (DAP) kini mempunyai agenda tersendiri dalam usaha untuk mentadbir negara.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat  (PKR) yang telah ditubuhkan antara kerjasama tiga parti berkenaan tidak dapat diteruskan dan keputusan pembubarannya telah dapat dijangka sejak awal lagi.

“DAP dan PAS mempunyai hala tuju perjuangan yang perbezaan dan pertembungan antara satu sama lain yang mana saya dapat lihat perkara ini sejak lama dahulu.

“Jadi bagaimana PAS nak kawal DAP kalau PAS sendiri nak mencapai matlamat parti itu iaitu melaksanakan hukum hudud?,” soal beliau.

Tegasnya, DAP mempunyai agendanya yang tersendiri yang mana mahu melihat kesamarataan hak antara kesemua agama dan kaum di negara ini.

“Mana boleh macam tu sebab agama rasmi kita adalah agama Islam, tetapi kita mengamalkan perlembagaan iaitu kebebasan beragama dan tidak boleh berpendapat Agama Islam dengan agama lain adalah sama.

“Pada pandangan saya, DAP kalau boleh ingin semua sama rata juga..pada bezanya Islam selaku agama rasmi dan ini antara satunya percanggahan antara PAS dan DAP,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, DAP seolah-olah memainkan ‘wayang kulit’ dengan berpura-pura menyokong perjuangan PAS selama ini, namun sebaliknya mempunyai agenda mereka yang tersendiri.

“Mereka bekerjasama hanyalah kerana kuasa politik dan kepentingan diri mereka semata-mata.

“Berapa lama lagi mereka hendak berlakon… lama-lama akan terdedah juga pertembungan daripada segi matlamat pencapaian masing-masing,” tambahnya.

Tambahnya lagi, selama ini DAP tidak mengiktiraf Bumiputera sebagai Bumiputera dan mengkehendai kesamarataan dalam semua perkara termasuklah kuasa memerintah.

“Kedua parti ini tidak boleh duduk bersama dan tidak boleh diuruskan bersama.. dahulu Anwar ada untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku.

“PAS sekarang sudah sedar mereka telah ditipu oleh DAP,” katanya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");