shadow

SUNGKAI: Fasa serangan akhir Eksesais HARINGGAROO siri 66/2015 melibatkan Batalion Ke-4 Askar Melayu Diraja bersama Askar daripada Australia Rifle Company Butterworth (RCB) merupakan langkah bagi menjalinkan hubungan baik yang sedia ada selain daripada meningkatkan pembelajaran teknikal.

Eksesais yang diwakili pelaku biru oleh Batalion Ke-4 Askar Melayu Diraja dan pelaku merah wakil dari RCB telah berlangsung selama 14 hari iaitu melibatkan Latihan Silang(Cross Training) mulai 5 hingga 7 Jun lalu manakala Latihan Medan (Field Training Exercise-FTX) dijalankan pada 8 hingga 14 Jun 2015.

PERAKTODAY17

Menurut Brigedier Jeneral Badrul Hisyam Mohamad selaku komander ke-11 Briged Infanteri Malaysia proses latihan kali ini berjalan lancar dan baik.

“Melalui latihan ini didapati objektif dan sasarannya berjaya dicapai.

“Kerjasama dengan tentera RCB telah lama dijalin dan disamping itu kita turut mempelajari pelbagai teknik yang baru,” katanya.

PERAKTODAY23

Tambahnya lagi Batalion kali ini lebih menumpukan kepada perkara teknikal dan menjalinkan hubungan yang sedia ada.

“Latihan ini dianjurkan pada setiap tahun dan sebagai persediaan dan latihan bagi menyediakan diri menghadapi musuh,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, latihan medan yang mengunakan langkah gerak mara diakhiri dengan satu serangan dirancang keatas kedudukan musuh dan dijalankan pagi tadi.

PERAKTODAY11

“Askar Batalion Ke-4 Rejimen Melayu Diraja mengetuai gerak mara bagi 11 briged untuk membolehkan kumpulan induk mara berpandukan arahan Panglima Medan.

“Ia adalah fungsi bagi melaksanakan operasi selanjutnya dan peranan Batalion dalam latihan ini manakala tentera Australia turut membantu,”ujarnya lagi.

Sementara itu menurut Kapten Kumpulan RAAF, Matthew Burs Dudley, mewakili RCB latihan kali ini merupakan gerak kerja profesional antara dua negara.

PERAKTODAY2

“Sangat seronok berada di sini dan berlatih secara profesional antara dua negara,” katanya.

Seramai 650 pegawai dan anggota telah terlibat dalam eksesais ini.

Latihan serangan balas tersebut bermula seawal 7 pagi dengan serangan oleh pelaku biru bagi menyelamatkan tempat atur bentuk serangan dibantu Kumpulan Bantuan Tembakan Terus yang terdiri daripada Platun Senjata Berat dan Platun Mortar.

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *