Sukan Hari Ini

Rooney Paksa Man United Dapatkan Harry Kane

WAYNE Rooney menggesa Manchester United membawa bintang muda Tottenham Hotspurs, Harry Kane ke Old Trafford pada musim depan bagi menajamkan lagi barisan serangan skuad berkenaan.

United sebelum ini telah meletakkan sasaran untuk mendapatkan penyerang England itu selepas dia berjaya menghasilkan 31 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Rooney dijuga dilaporkan telah memberitahu Louis van Gaal bahawa dia peminat Kane dan mahu United berusaha mendapatkan bintang tersebut.

Malah ketua pasukan United itu berharap bidaan setinggi £40 juta akan diterima Spurs untuk melepaskan penyerang mereka.

United memerlukan penyerang baru selepas mengambil keputusan melepaskan Radamel Falcao yang sepatutnya menjadi pemain tetap selepas dipinjam dari Monaco tahun lalu. – Mirror -mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");