Sukan Hari Ini

Hasrat swasta liga kebangsaan

PERSATUAN Bola Keranjang Malaysia (Maba) bercadang menswastakan Liga Bola Keranjang Kebangsaan Malaysia (MNBL) dalam usaha mengurangkan kos pengurusan serta meningkatkan prestasi liga ke skala lebih besar.

Setiausaha agungnya, Chey That Woon berkata, persatuan menjangka penganjur swasta dapat menarik lebih banyak kelab dan pemain tempatan untuk terlibat dalam sukan itu dengan menswastakan liga.

Beliau berkata, langkah itu boleh dianggap penting dalam usaha menganjurkan pertandingan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Skuad bola keranjang Malaysia, berada dalam kedudukan ke-52 (lelaki dan wanita digabungkan) dalam ranking dunia 2014 dan ranking kesembilan di Asia.

Malaysia suatu ketika dahulu pernah menjadi gergasi bola keranjang di rantau ini, selepas layak ke Piala Dunia 1986 di Sepanyol dan skuad wanita negara memegang rekod merangkul tujuh pingat emas berturut-turut pada Sukan Sea 1977 hingga 1989.

Pada Sukan Sea, Malaysia merangkul sejumlah 14 pingat emas dengan 13 daripadanya menerusi pasukan wanita pada 1977, 1979, 1981, 1983, 1985, 1987, 1989, 1993, 1997, 2001, 2003, 2007 dan 2015, manakala skuad lelaki hanya meraih emas pada edisi 1989 di Kuala Lumpur. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");