Perak Hari Ini

Pemandu Maut Kemalangan Dekat Gerik

Gerik: Seorang lelaki disahkan mati di lokasi kejadian apabila van yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan dua lagi kenderaan lain iaitu sebuah kereta dan sebuah lori dekat sini hari ini.

Menurut juru cakap Bomba dan Penyelamat, kejadian tersebut berlaku di Kg. Sawa Gerik sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.

Kata sumber lagi, dalam kejadian itu juga mengakibatkan seorang lagi mangsa disyaki tersepit.

“Pasukan bomba yang tiba dilokasi diarahkan oleh komander operasi untuk membuat kerja mengeluarkan mangsa menggunakan pemotong Hydraulic”, katanya beliau.

Operasi itu berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Polis.

Operasi kemalangan ngeri itu telah ditamatkan pada jam 1. 40 tengah hari dan punca kejadian masih disiasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");