Berita Hari Ini

Jangan heret rakyat dalam kemelut isu air

KUALA LUMPU: Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Selangor digesa segera menamatkan isu penstrukturan air supaya tidak terus mengheret rakyat dalam kemelut air Selangor.

Presiden Selangor Water Watch (S3W), Datuk Randhir Singh Johl berkata, akibat kelewatan dan penangguhan penstrukturan semula industri air yang berpanjangan, banyak implikasi terpaksa dihadapi pengguna, pihak operator air terawat dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Menurutnya, taraf bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terus meningkat apabila banyak projek yang melibatkan program penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna tidak dapat diteruskan.

“Lebih membimbangkan, Syabas telah mendedahkan sebanyak 1,038 projek pembangunan baru terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan bekalan air terawat yang boleh diagihkan untuk projek-projek ini.

“Kenyataan sebahagian Exco Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan bekas menteri besar sebelum ini sentiasa memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan berlaku masalah bekalan air di negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian. ?

Namun katanya, kadar kehilangan air Tanpa Hasil Hasil (NRW) masih tinggi iaitu sebanyak 33 peratus.

“Jika sekatan ‘Capital Expenditure’ (CAPEX) tidak dikenakan ke atas Syabas, kami percaya bahawa Syabas berupaya untuk menjalankan projek-projek menukar keseluruhan lebih 6,000km paip lama di negeri ini.

“Jika paip-paip lama masih lagi tidak diganti, rumah-rumah pam dan tangki-tangki air tidak dapat di selenggara, bagaimana rakyat berhak mendapat perkhidmatan bekalan air yang terbaik,” tegasnya.

Beliau turut membidas peranan pihak berkuasa dan kawal selia air dalam memantau dan menyediakan infrastruktur sebaiknya.

Katanya, tanggungjawab dalam menyediakan sumber bekalan air mentah dan mengelakkan ia daripada tercemar juga turut gagal dilaksanakan apabila Sungai Semenyih kerap kali mengalami pencemaran sumber air mentah sejak Februari lalu.

“Isu gangguan bekalan air tidak akan berkesudahan dalam masa terdekat setelah Projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada 2017 kini seperti sudah menjadi projek gajah putih.

“Kebanyakan penduduk di Hulu Langat, Kajang dan Semenyih setiap hari mengalami gangguan bekalan air dan isu ini masih berterusan.

“Setelah 8 tahun proses penstrukturan air berlangsung, ternyata kerajaan persekutuan dan Selangor masih lagi gagal memberi jaminan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");