Panasnya Hari Ini

#sehatisejiwa Dipilih Sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2015

Kuala Lumpur: Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bakal menjelang tidak lama lagi, #sehatisejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan tersebut pada tahun ini.

Tema berkenaan telah dipilih berikutan ia menggambarkan roh kesepaduan, kesefahaman, semangat kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara ini kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, memetik laporan daripada Bernama.

Beliau juga telah mengambil contoh daripada gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini yang mana ianya turut dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini.

“Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dataran Merdeka sempena Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 malam tadi.

Tambahnya lagi, mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan disebut mengikut tahun dan bukan lagi berdasarkan ulang tahun.

“Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Shabery turut memperkenalkan pelbagai barangan yang akan dijual kepada orang ramai sebagai cenderahati sempena Hari Kebangsaan tersebut.

Beliau juga telah melancarkan pelepasan konvoi Eksplorasi #sehatisejiwa yang melibatkan 33 buah kenderaan termasuklah dua buah kenderaan dari Jabatan Penerangan, 10 buah kereta Proton pelbagai model, 20 buah motosikal berkuasa besar dan sebuah lori.

Konvoi berkenaan bakal menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun ini.

Dalam pada masa yang sama, pelbagai aktiviti telah diadakan bermula seawal jam 8 pagi sempena prapelancaran yang diadakan di sini, semalam bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");