Berita Hari Ini

JPJ guna khidmat 50,570 Skuad Muda 1JPJ

PASIR PUTEH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan khidmat 50,570 anggota Skuad Muda 1JPJ bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya pada Ops Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Ariffin Che Ahmad berkata mereka akan ditempatkan di pondok yang akan dibina pada setiap jarak 50 kilometer di sepanjang jalan-jalan utama di seluruh negara seperti laluan Kuala Lumpur-Gua Musang-Kota Baharu.

“Empat orang akan ditempatkan di setiap pondok bagi membantu anggota JPJ memberi nasihat dan mengedarkan risalah mengenai keselamatan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ peringkat negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau menyampaikan lesen memandu kelas B2 (motosikal) kepada 436 penunggang motosikal terutama warga emas.

Ariffin berkata anggota Skuad Muda 1JPJ terdiri daripada belia termasuk pelajar lepasan universiti akan memberi khidmat secara sukarela.

Katanya, khidmat mereka penting berikutan jumlah kes kemalangan jalan raya sepanjang 2013 adalah sebanyak 477,204 kes iaitu meningkat sebanyak 14,781 kes berbanding 2012 sebanyak 462,423 kes.

“Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2013 ialah sebanyak 6,915 orang berbanding 6,917 pada 2012 di seluruh negara,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");