Jenayah

Kanak-kanak dibawa lari mungkin ada di Brunei

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan kanak-kanak lelaki yang dilarikan bapanya di Marang minggu lalu kini berada di luar negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, hasil maklumat yang diterima, pihaknya percaya kanak-kanak berusia tiga tahun itu berada di Brunei bersama bapanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu pengesahan Wisma Putra.

“Hasil siasatan awal kita percaya bapa dan anaknya telah berlepas dari Terengganu untuk ke Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu dilapor dilarikan daripada ibunya Rabu lalu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");