Berita Hari Ini

Kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia berjumlah RM1.2 bilion

KUALA LUMPUR 1 Jun – Kedudukan liabiliti bersih bagi pelaburan antarabangsa Malaysia berjumlah RM1.2 bilion pada akhir suku pertama, meningkat sebanyak RM11.9 bilion, berbanding RM13.1 bilion dicatatkan pada akhir tahun lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan, kedudukan aset kewangan berjumlah RM1.49 trilion berbanding RM1.46 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, katanya jumlah liabiliti mencatatkan RM1.49 trilion berbanding RM1.45 trilion pada 2014.
Jabatan itu berkata, pelaburan langsung mencatatkan aset bersih RM24.8 bilion pada akhir suku pertama, meningkat sebanyak RM18.1 bilion berbanding 31 Dis, 2014.

Katanya, pelaburan langsung di luar negara (DIA) berjumlah RM500.5 bilion pada suku pertama berbanding RM474.2 bilion dicatatkan pada 2014. – BERNAMA

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");