Sukan Hari Ini

Khairy kesal insiden ragbi

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menganggap insiden pergaduhan pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Piala Crescent di Padang Politeknik Merlimau, Melaka Ahad lalu menjejaskan imej negara dan menuntut laporan terperinci daripada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan difahamkan pergaduhan itu akibat rasa tidak puas hati pemain Algeria.

“Saya berharap KRM beri laporan secepat mungkin kerana ini kejohanan antarabangsa sudah pasti ia membabitkan reputasi negara,” katanya pada sidang media semalam.

Insiden memalukan itu berlaku apabila pemain Algeria didakwa bertindak ganas membelasah pemain negara serta beberapa penyokong kerana tidak puas hati dengan mutu pengadilan.

Sekurang-kurangnya 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka akibat kecederaan.

Dalam aksi final itu, Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit dengan keputusan 19-11.

Khairy berkata, pihaknya bersedia mengambil tindakan berdasarkan peraturan sukan sekiranya pihak penganjur didapati bersalah.

“Sekiranya kesalahan ini disebabkan penganjur, kita perlu tahu supaya perkara ini tidak berulang dan mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya.

Sementara itu beliau turut mengulas isu atlet gimnastik artistik wanita negara Farah Ann Abdul Hadi yang dihentam pelbagai pihak kerana pakaiannya mendedahkan aurat ketika beraksi di Sukan SEA.

“Dia (Farah) diserang secara tidak adil, ia sepatutnya tidak berlaku. Dia tahu pandangan agama dalam aspek pakaian. Tolong jangan serang atlet, kita sepatutnya fokus mengenai prestasi mereka bukan pasal ini.

“Selagi atlet itu selesa dengan pemakaiannya dan mengikut peraturan pasukan, saya tidak ada masalah. Kenapa tidak pertikai atlet lelaki. Bila membabitkan gimnas, ia jadi isu besar, saya tidak boleh toleransi perkara hipokrit ini,” ujarnya.

Farah yang merangkul dua emas acara gimnastik artistik menjadi perhatian apabila menjadi kecaman terutama di laman sosial.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");