Sukan Hari Ini

Masih menilai gandingan Mun Yee

KETUA jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang masih menilai siapakah pasangan secocok bagi digandingkan dengan Leong Mun Yee untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio, tahun depan.

Ini kerana, Cheong Jun Hoong menunjukkan prestasi terbaik bersama Mun Yee selepas meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform synchro Siri Terjun Dunia di Mexico, baru-baru ini.

Katanya, Pandelela Rinong masih berpeluang kembali ke arena selepas dalam proses kecederaan paha dialaminya.

“Mun Yee-Jun Hoong beraksi baik dalam Siri Terjun Dunia tetapi Kejohanan Dunia di Rusia paling penting bagi kami.

“Jika kita menyelesaikan di tempat ketiga, kita akan memenuhi syarat awal untuk layak Sukan Olimpik Rio.

“Kami akan kembali ke China untuk latihan selepas Sukan Sea dan kemudian saya akan membuat keputusan mengenai pasangan yang terbaik untuk beraksi di Kazan,” kata Zhuliang

Jun Hoong pamer prestasi terbaik sejak kebelakangan ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");